Cinta Seorang Pendakwah
Jatuh cinta bagi seorang aktivis
dakwah bukanlah perkara biasa. Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah
gerbang pengembangan pergerakan. Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta
adalah naik marhalah. Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah
bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan meraih reda
Allah.
Maka persoalannya bukan pada bagaimana
memilih seseorang yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan
seseorang yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup. Seseorang
yang tahu bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga agar selalu dalam
bingkai keluarga daie.
Oleh kerana sejak awal meniti jalan
menuju perkahwinan harus dimulai dengan niat yang benar usaha yang
dilakukan pun juga benar dan tidak melanggar syariat. Tidak perlu
ada percintaan Islamik, tunangan syarie dan menggantung status.
Kata – kata, “Awak, tunggulah saya. Saya akan mengahwini awak dua tahun lagi” tidak
perlu ada. Sebab kata-kata ini tidak mengandungi kejelasan. Ia hanya
menjanjikan sesuatu yang tidak pasti. Pada hakikatnya dia pun juga
tidak perlu berjanji seperti ini. Janji ini seolah-olah tanda jadi atau
pengikat, padahal ia buknn seperti itu. Ia hanyalah pelega dan syurga
telingan sahaja. Ini kerana janji berkahwin dua tahun lagi tidaklah
dapat dikatakan sebagai sebuah niat proses perkahwinan secara syarie
Kita juga tidak perlu menggantung status
sebuah hubungan. Lelaki dan wanita apabila mereka merasa sudah sangat
dekat dan sangat akrab akan sering mencurah rasa hati, bertukar pendapat
dan diskusi. Mereka saling memberi harapan, tapi mereka tidak mahu
disebut sebagai sedanng bercinta. Hubungan hati mereka sudah selayaknya
dua sejoli, tapi mereka menolak disebut percintaan. Mereka lebih
selesa dengan gelaran BFF atau penuhnya, Best Friend Forever. Hubungan
seperti inilah yang sering kita sebut hubungan menggantung, tergantung
dan tidak jelas. Si lelaki tak berani untuk jujur berkata ingin
berkahwin dan wanita pun malah menikmati hubungan itu.
Jadi sebaiknya sebagai seorang pendakwah segala sesuatu harus dijadikan teladan. Bagaimana diri kita menjadi contoh yang baik bagi masyarakatnya. Tidak perlu percintaan Islamik, tidak perlu membuat janji, tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang tidak jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin maka tekan minyak. Namun bila tidak mahu silakan tekan pedal brek sekuatnya, dan lepaskan bila kita sudah merasa bersedia segalanya.
Siapakah pendakwah-pendakwah itu?
Jawapannya, kita semua.. 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar